Wednesday, October 7, 2009

berubahLah...

salam..

hari ini adalah kali ketiga aku mendengar kisah sebegini..
tentang usaha individu menjatuhkan individu lain...
kalau kisah pertama, dengan sabotaj..
kisah kedua, dengan menggunakan ilmu hitam..
kisah ketiga, dengan menyebarkan fitnah...
ketiga-tiga melibatkan individu-individu berbeza..
tempat dan situasi serta umur yang berbeza..
tetapi bangsa dan AGAMA yang sama....
Nauzubillah min zalik...

pada aku..
persaingan yang sihat tidak salah..
kerana ia untuk kemajuan diri..
tapi..berapa ramai yang benar tahu cara bersaing dengan sihat??
cemburu melihat orang beribadah kuat...kita usaha tambah ibadah dgn ikhlas..
cemburu melihat seseorang bekerja kuat..kita tambah usaha kuat..
cemburu melihat seseorang dapat cemerlang pelajaran..kita gandakan usaha belajar..
cemburu melihat seseorang mendapat kenaikan pangkat..kita ucapkan tahniah..serta berusaha mencari peluang untuk sama berjaya..
BUKANnya..
cemburu melihat orang beribadah kuat...kita sebarkan cerita xbaik tentang dia..supaya orang tak pandang kebaikan dia..
cemburu melihat seseorang bekerja kuat..kita sabotaj dia..tak pun hantar sihir supaya dia tak mampu bekerja..
cemburu melihat seseorang dapat cemerlang pelajaran..kita sorok-sorok ilmu, biar dia ketinggalan dan kita lebih tahu...
cemburu melihat seseorang mendapat kenaikan pangkat..kita war-warkan yang dia pembodeklah,tak layaklah, ada affair lah..sedangkan kita bermalas-malas, depan bos je pura-pura rajin...dan sebagainya..nauzubillah

ingat...cemburu itu juga perkara biasa..
namun..jika cemburu itu tidak ditangani dengan baik dan berhemah
ia bukan lagi cemburu...ia dipanggil dengki dan irihati....nauzubillah...
dan bila dengki dan irihati dah dalam hati
banyak perkara mampu terjadi..

sedih...amat sedih...
itu yang dapat aku ungkap bila dengar ketiga-tiga kisah dari tiga teman-temanku..
kenapa perlu ia terjadi sesama kita??sebangsa..seagama..
kenapa terlalu busuk hati hingga tak mampu melihat kejayaan dan kenaikan seseorang??

contoh sangat mudah yang aku pernah nampak..
waktu aku belajar ijazah...
sekiranya ada di antara teman sebangsa aku yang dapat 'soalan bayangan' untuk ujian
atau nota tambahan..mereka akan senyap-senyap sahaja. Paling baik pun mereka akan berkongsi dengan teman-teman rapat sahaja...(tapi tak semua...ada juga yang baik hati berkongsi dengan semua...aku doakan orang tu sentiasa dipermudahkan urusan)...
tapi...bila satu lagi bangsa ini...
mereka bukan sahaja berkongsi material tambahan itu dengan teman rapat sahaja..
malah teman-teman yang kurang rapat...asalkan sebangsa..
dan kadang-kadang..berkongsi dengan bangsa lain juga...
dan mungkin kerana itu bangsa mereka lebih cemerlang...
kerana ada sikap bantu membantu...memastikan mereka sama-sama berjaya..
sama-sama ke hadapan...
yaaaa....itu hakikat...

berubahlah wahai manusia..
tiada guna kita bersikap dengki dan irihati sesama sendiri..
dunia ini sementara cuma
setiap yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha..
serta ketentuan ALLAH..
belum tentu jatuhnya atau ketinggalannya sesorang itu menjamin bangunnya kita..
kenapa perlu sakit melihat orang lain lebih?
renungkan diri....bersihkan hati....
serius..aku pun ingatkan diri aku sendiri...
sebab aku pun manusia biasa...
mungkin hari ini aku ingat...tapi esok aku lupa..dan tika itu, aku harap akan ada orang lain pula mengingatkan aku...wALLAHua'alam...

p/s: yang berwarna hijau di atas adalah contoh semata-mata..hehe...tiada kena mengena dengan yang mati dan hidup...sekiranya ada termakan cili..ia hanya kebetulan..dan cepat-cepatlah bersihkan hati hahahahhaha

0 wiSdom of WordS..: