Thursday, October 22, 2009

baikkah???~dont judge a book by its cover..

Riwayat ibn Abi al-Dunya, bagaimana pada suatu ketika Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain.

Umar bertanya kepadanya, “engkau pernah bermusafir dengannya?”

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu.

“Engkau pernah bergaul rapat dengannya?” tanya Umar lagi.

“Tidak pernah,” jawab lelaki itu lagi.

“Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, sesungguhnya kamu tidak kenal akan lelaki itu!”

Bermusafir dan bergaul rapat itu adalah wasilah untuk kita saling kenal mengenal. Itulah khasiat di sebalik pengembaraan yang panjang tersebut. Perjalanan dengan segala kesukaran, cabaran, masalah, dan tekanan akan mengeluarkan wajah dan warna sebenar seseorang.

Itulah sebabnya Umar menilai bahawa selagi kita tidak pernah bermusafir bersama, atau bergaul mesra, malah dalam riwayat-riwayat yang lain, diletakkan juga soal memberi amanah kepercayaan, berurusan berkaitan duit, maka selagi itulah kita belum layak mendakwa, “aku mengenalinya”.

0 wiSdom of WordS..: