Sunday, December 27, 2009

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

salam..
gempar seketika..
saat kami bergembira bersama keluarga..
membantu keluarga kakak iparku untuk kenduri adiknya..
dikejutkan pula dengan berita kemalangan Bas Ekspres yang menyebabkan 10 orang maut..
sadis..kerana kebanyakan yg meninggal adalah adik beradik, suami isteri..
bermakna, ada keluarga yang hilang 2 ahli keluarga sekaligus...
dengan kematian yang tak disangka..
namun...ajal itu kuasaNYA..
apa yang mahu aku sebut, tentang pengakuan pemandunya..
dia mengaku terlelap dan mengantuk..
ya, pasti ada yang marah...mudahnya dia berkata-kata..
tapi...cuba kita berada di tempatnya..
sebenarnya..dia hanya melakukan 1 kesilapan..
yg mana kesilapan itu juga pernah terrrrlakukan oleh orang2 lain..
cuma, takdirnya, dek kesilapan dia, 10 orang maut, dan beberapa cedera..
pasti dia juga merasa takut...gentar...menyesal..bersalah..
kelajuan masih mengikut had..
malah, sebenarnya, dia sudah merancang untuk bertukar pemandu setibanya di hentian Sg Perak, namun telah tercatat, peristiwa ini takdirNYA...

aku pun kurang pasti kenapa aku menulis tentangnya..
tapi..sekadar kesedaran bersama..
untuk sentiasa cuba meletak diri dalam situasi orang lain..
setiap manusia ada kelemahan..
setiap manusia ada perasaan..
setiap manusia melakukan kesilapan..
jika kita manusia..seringlah cuba muhasabah diri sendiri..

al Fatihah untuk mangsa kemalangan maut tersebut..

~~Ya ALLAH, matikanlah aku dalam kesduahan yang baik2~~


0 wiSdom of WordS..: