Friday, August 27, 2010

agaMa untuK dunia..

salam...sementara berkesempatan, nak kongsi sesuatu..

baru2 ni..aku pergi dengar ceramah sempena Ramadhan kat auditorium...
Hospital aku memang rajin buat ceramah sepanjang Ramadhan..
aku teringat2 satu ayat Ustaz...
"umat Islam sekarang, mengambil agama untuk urusan dunia..dan mengamalkan agama ikut apa yg mereka suka.."..

penerangannya macam ni..
contoh dikatakan mengambil agama untuk urusan dunia, kita nakkkkk sangat cemerlang..kita buat solat hajat...berdoa bersungguh2..
tapi bila hari biasa2,solat sunat xde...solat wajib cepat2...doa pendek2...
then, bila nak exam, kita baca yassin...solat hajat...tapi di lain kali??
bila buat satu keputusan sgtttt penting, baru kita teringat nak buat istikharah...
sedangkan, istikharah yg berterusan itu lebih baik...memudah setiap keputusan walau sekecil mana pun...kerana sbrg keputusan kita dlm hidup lead to another things kan??
pernah 1 ketika, sekadar gurau kecil, kawan berfikir2 nak pindah rumah ke x..dan aku skdr bergurau, buatlah istikharah..dan seorang yg lain segera menyampuk "ait, benda macam ni pun nak istikharah???"...hermmm...jauh sudah rupanya urusan dunia dgn agama....
sedangkan...sepatutnya segala apa yg kita kerjakan di dunia ni, untuk dapatkan redhaNYA..

aku bekerja kerana Allah, dan dengan itu aku akan peroleh wang yang halal..yang mampu sara keluarga aku...
aku buat kerjaku dengan sebaik2nya..sebab Allah sayangkan hambaNYA yang melakukan sesuatu dengan usaha yg terbaik...
aku belajar kerana Allah, dengan itu aku mampu cemerlang, dan mengangkat nama agamaku..keluargaku dan negaraku..
mungkin semua ini masih belum terlambat untuk kita semai dalam hati..

mengambil apa yang kita suka sahaja..
maksud yg kita xberapa berkenan nak amal, kita x amal...
contoh aku sendiri..
aku sukakan perfume..
aku tahu, wanita memakai haruman di luar adalah haram..
sepatutnya untuk suami sahaja...dan jika mahu juga, cukuplah untuk menutup bau badan..
bukan untuk dihidu oleh orang lain..
tapi.......aku tetap pakai berlebihan...macam satu kepuasan..tp tetaplah tidak sehingga dihidu oleh orang lain..
dan ibu menegur anak daranya ini..saat tengah bersembur2 minyak wangi hahahha
tapi..beberapa alasan ku beri...namun....alasan itu hanya alasan...
aku tersedar seketika...
aku amalkan menutup aurat....menutup tubuh badan...berstoking..tp dek kerana mengabaikan amaran Allah yang satu ini, aku menghimpun banyak dosa...
ini yang aku sedari...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi dosa yang aku buat mungkin..
contoh lain..mengumpat..
kita tahu mengumpat itu dosanya besar...
malah antara punca utama wanita ke neraka..
tapi sering bila mengumpat kita memberi alasan..
"ni untuk lepaskan perasaan".."ni untuk pengajaran"....
aku sendiri buat...tapi, cuba renungkan semula..berapa peratus untuk lepaskan perasaan...berapa peratus yang kita jadikan pengajaran???
kadang2...sekadar untuk mencari2 silap saudara itu...
adakah kita ini terlalu sempurna sehingga setiap apa yang dilakukan oleh orang lain itu banyak silapnya?
tapi kita tetap buat...xterhenti dengan larangan Allah ini..kenapa?
sbb kita suka....

jadi...di saat nafas masih di dada...saat masih diberi nikmat menjenguk hari esok..mari kita sama2 muhasabah..
masih tidak terlewat untuk bertaubat..
masih tidak terlewat memohon ampunan...kerana Allah itu Maha Pengampun..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

ingin kongsi sebuah kisah..
terdapat seorang hamba Allah yang sgtttttttttttttttttttttttt kuat beribadah...
duduk di sebuah tempat terpencil..dan hanya beribadah setiap masa..
satu hari, ditakdirkan ajalnya tiba..
saat dihitung, dia layak untuk masuk ke syurga...dan Allah berkata "Maka masuklah engkau ke dalam syurga dengan REDHAKU"...
sempat hamba ini berkata " Ya Allah, aku beribadah sepanjang masa, mengapa aku ke syurga dengan redhaMU?mengapa tidak kerana amalanku???"
dan perhitungan sekali lagi dibuat....namun, amalan hamba ini bila ditimbang tidak mampu menandingi redha Allah..maka dihumbanlah hamba ini ke dalam neraka....

pengajaran...setiap apa yg kita lakukan, lakukan untuk dapatkan redhaNYA..bukan kerana untuk masuk syurga..bukan untuk merasa mulia...bukan untuk selain drNYA...
tiada manusia sempurna, kerana itu adanya keampunan...
jadi...sama2 kita renungkan..dan SELAMAT BERAMAL!!!! (^_~)

~~~aku juga manusia biasa...xlari dari dosa...tapi sekadar mahu berkongsi...hidayah itu milik ALLAH~~~



haNya dyaNa

1 wiSdom of WordS..:

Aliesha Kirana said...

dosa yg kita lakukan tanpa sedar dh menimbun byknya.. sob sob...

p/s: dyana... kesian dyana... tentang perkara itu~~