Monday, March 25, 2013

Second chance?

I wrote this in my FB..

And i think i should put it here too (^__^)

Pernah dengar cerita? 
kisah 1: seorang wanita gemuk, dikahwini seorang lelaki yg menerima dia seadanya. Tidak lama selepas itu, si wanita sangat ingin kurus supaya lbih cantik, itu impiannya.. dirayu suaminya, suaminya kerja biasa2 bekerja keras siang dan malam, mencari wang utk program pelangsingan...setelah berjaya kurus dan cantik, wanita itu meminta cerai dari si suami dengan alasan sudah punya kekasih lain.

kisah 2: seorang lelaki yang biasa2, tidak punya banyak harta, tidak ada pangkat tapi punya seorang kekasih yg menerima dia seadanya. Impiannya menjadi seorang jutawan. Biar ketika susah, kekasihnya sentiasa memberi sokongan, mendoakan, menolong sedaya, sehingga satu tahap lelaki itu berjaya, jadi jutawan, punya harta dan kedudukan, ditinggalakn wanita tadi kerana ada wanita lain yg dia jatuh cinta selepas kaya.

kisah 3: seorang anak belajar di universiti. ayahnya hanya pengawal keselamatan, namun ayahnya sanggup mengambil banyak kerja sampingan bagi memenuhi keperluan si ana; laptop, henfon, dsbgnya...namun, saat anaknya berjaya menjadi seorang yg hebat mahu berkahwin dengan anak orang yang hebat, anaknya malu mengaku ayahnya siapa, malah dikatakan dia adalah anak yatim piatu dan berusaha sendiri ketika di universiti.

kesudahan?

kisah 1: selepas bercerai, wanita itu ditinggalkan oleh teman lelaki barunya. Dia stress dan gemuk kembali. Kali ini tiada seorang suami menerima dia seadanya..tiada seorang suami untuk menanggung program kurusnya.

kisah 2: lelaki itu berkahwin dengan wanita tersebut, takdirnya dia jatuh sakit, tidak mampu bekerja, perniagaan merudum, dia bankrup, dan isterinya meninggalkannya kerana tidak sanggup bersusah bersama. Kali ini dia susah, dan tiada sesiapa mahu menyokong dan menemani kesusahannya.

kisah 3: anda sendiri sudah boleh bayang apa kesudahannya ;)

Pengajaran: ambil masa sejenak, dan renung sekeliling kamu..-->hargai setiap orang di sekeliling kita yg sanggup bersama dalam setiap keadaan..hargailah org yang terima kita seadanya tika kita tiada apa...hargai orang yg di sisi kita ketika kita susah dan senang...hargai orang di sekeliling kita tatkala manusia lain meremehkan kita..jangan kerana ada impian kamu tercapai, kamu lupa menghargai mereka...kerana jika kamu kehilangan mereka, mungkin tiada lagi peluang kedua untuk kamu...... (^__^)


lebih buruk lagi...mungkin kamu sebenarnya sedang diberi peluang kedua....dan kamu sedang persiakan tanpa kamu sedari.....


haNya dyaNa

0 wiSdom of WordS..: