okeh...
jujurnya..langsung tak ada salah apa2 dengan komen2 di atas..
tapi..saya mulakan dengan firman Allah yang mafhumnya,
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali-Imran: 104)
juga
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Q.S. An-Nahl: 125)
ya..semua umat Islam adalah daie (pendakwah)..
tiada yang terkecuali..dan caranya adalah seperti yg disebut di atas..dengan mengajak, baik sesama Muslim mahupun bukan Muslim, untuk mengikuti perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya
baik..saya bukan Ustazah...
saya sekadar bekas pelajar tadika Islam, sekolah rendah Islam, juga SMKA...
ilmu saya juga tidaklah sehebat mana...
amalan???sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
namun, bila ada peluang dan kesempatan, saya akan cuba sampaikan sesuatu..biarpun saya sendiri sering leka dan lalai..
biar saya kongsi sesuatu..
dulu, saya juga dalam golongan yg saya gunakan namanya 'orang surau'..
ye..saya sangat suka..akhlak lebih terpelihara...iman terjaga..
kawan pun...
well, kawan adalah cermin pada diri kita kan??
tapi....ada beberapa perkara yg saya perasan...maaf saya sebut hal ini, mungkin tidak semua, tapi kebanyakan yang saya jumpa adalah begini...begini macamana??
begini...kebanyakan mereka, berdakwah..namun sasaran mereka bagai lebih kepada mereka2 yang menerima didikan agama yg kuat..atau yg telah sedia mahu membaikkan diri..
terlupakah mereka..tak semua..saya ulang..tak semua bernasib baik untuk terima didikan agama yang baik...xsemua mampu menahan malu untuk bertanya atau mengubah diri ke arah kebaikan..dan tak semua mudah terbuka hatinya untuk menerima kebaikan yang nyata..
malah..ada juga berpendidikan agama..tapi terlupa mengamalkan...
namun, mereka bagai terlupa, manusia ini mudah lupa....sebab itu Islam menyuruh kita saling memperingati..
saya bagi kisah yg mudah..
pernah saya di surau..saya organize satu majlis..niatnya agar lebih ramai turun ke surau..alhamdulillah, majlis itu berjaya menarik ramai orang2 yg jarang ke surau untuk join..
saya sangat gembira..dan berdoa moga Allah buka hati mereka untuk kerap turun..namun, senyuman sy bagai termati apabila betul2 depan saya, seorang 'teman perjuangan' menyambut salam seorang 'muka baru' dengan berkata sdikit kasar "terima kasihlah datang, lain kali datanglah lagi, jangan hari ni je"......saya lihat 'muka baru' itu berlalu dengan sedikit masam di muka..
kisah kedua...juga saya organize satu majlis..kali ini di dewan..dan antara niatnya adalah 'orang surau' boleh dekati dengan cara lebih santai dengan warga kolej...tapi..1 petang, saya turun ke dewan, terlihat beberapa warga kolej sedang meyiapkan dewan..mana 'teman seperjuangan' saya??saya ke surau...dan rungutan yang mereka beri adalah "kenapa ada mereka je??mana orang kita??susahlah macam ni"...asataghfirullahal'azim..hanya mahu buat kerja sesama 'orang kita' sahaja ke?????rasa mahu menitik air mata...namun saya tahankan..
pernah saya minta pendapat seorang teman katanya "memang selama ni nak pegi surau selalu, tapi bila pergi, ada yang perli2 la..jeling2"..dulu saya bersangka baik, saya katakan mgkin itu perasaan mereka sahaja..namun, bila hal2 begini jadi depan mata, apalagi mampu saya katakan..
itu hanya kisah2 mudah...rasa tak sanggup kongsi kisah2 extreme..
tapi..itu antara sebab, saya menjarakkan diri...hati saya bagai tawar...
saya dilantik sebagai timbalan pengerusi kerohanian, pada saya, tanggungjawab saya ketika itu adalah menyampaikan dakwah pada SEMUAAAA warga kolej, Islam dan bukan Islam, 'orang surau' atau 'orang biasa'..dengan doa agar usaha yang sikit itu mampu membuka hati mereka...dan pada saya, jawatan itu memberi peluang kpd saya..
ini kali pertama saya membuat pengakuan terbuka...hermm...maaf andai ada yang terasa...
apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah ..berberapa perkara..
SATU:
biar siapa pun anda..jangan pernah merasa rendah diri..
sampaikanlah nasihat..sampaikanlah kebaikan..biar siapa pun anda..
kerana itu RasulAllah SAW mengingatkan kita "dengarlah nasihat tanpa melihat siapa yang memberinya"...kenapa??sbb hidayah itu milik Allah..siapa2 pun Allah mampu pilih untuk mengingatkan kita..jangan sekali2 kita menjawab "ko sape??xlayak nak nasihat aku"..xpun.."ala, ko tu pun sama, nk nasihat orang"..jangan..sebalik berterima kasihla sbb skurang2nya kita diperingatkan ;)
biarkan kalau ada yang menghentam..sbb sesungguhnya, mungkin dgn sedikit kata dari anda, mampu dijadikan pintu sampainya hidayah Allah pd merka...insyaAllah..
nak kongsi juga 1 cerita..
seorang teman, mualaf, mencari2 tempat untuk belajar mengaji..saya merasa bersalah kerana dek kesibukan makmal, sy kurang dapat membantu, masa dan jadual kami sgt berbeza..tapi saya menyangkakan yang akan ada yang boleh..maklumla, sebelum ini ramaiiiii yang berkobar2...saya tanyakan pada dia "kenapa tidak minta tolong 'mereka' (saya mahu guna nama 'orang surau')..jawapan yg dia beri sgt menyedihkan hati saya..jawabnya.."sudah, tapi akak, macam2 alasan..ada yang kata, diorang xcukup ilmu nak ajar saya mengaji.."...saya sedikit kecewa..kerana 'mereka' yg saya maksudkn beria2 mewar2kan mereka adalah pejuang agama...adakah selama ini mengaji tanpa tajwid???tapi....ermm...tepuk dada tanya iman...
DUA:
ini pada mereka2 yang menggelar diri pendakwah..
harap sangattttt...bukakanlah minda..
zaman kini, terlalu banyak dugaan dan cabaran..bukan untuk anda shaja..tapi untuk semua masyarakat..
dekatilah setiap lapisan mad'u...
janganlah memilih...dan janganlah memandang rendah pada sesiapa..
sedarilah bahawa tidak semua beruntung mendapat didikan agama sebaiknya..
tidak semua dilahirkan keteguhan iman..ketinggian akhlak..bukankah tanggungjawab kita menyampaikan nasihat kepada mereka..dari segala segi...
jangan cepat merasa bangga dengan perjuangan, kerana jalan itu masiiihhhhhh jauh..
masyarakat kini cerminnya...jangan memandang 1 isu itu dr 1 sudut sahaja..
Islam itu syumul...Islam itu sesuai dengan segala zaman..segala lapisan manusia..
gunakanlah peluang sebaiknya..
berbalik pada komen2 facebook saya di atas...pengkomen itu itu mungkin tidak berniat mengomen penuh perasaan hingga saya gunakan di sini..tp ini saja contoh lembut yg saya boleh tunjuk...
dan pada saya..memang Nabi Muhammad ikon terbaik..tapi berkata bagi pihak diri sendiri..kadang2, saya juga terlalai...dan dalam masa yg sama, ada contoh2 lain juga yg saya letakkan sebagai ikutan...mungkin perkataan ikon kurang sesuai kot..hehe..tapi saya sekadar memetik statement Wardina...
apapun..siapalah saya...
saya sekadar manusia yag sangattttttt sering lalai...saya akui...............
haNya dyaNa