Salam semua...
Hari ini saja nak kongsi pendapat yang selama ni berlegar2 dalam kepala..
Sebenarnya bermula lama sejak rajin pergi kenduri dulu..
tapi makin terfikir2 lepas sembang dengan mak dulu..
Maklumla, umur dah pertengahan dua puluh (mid -twenties orang puteh kata)..
haruslah tajuk KAHWIN tu antara topik yang terkadang terkeluar dari mulut mak
dan saya ehheh...
Lepas tu mak cakapla mak ada dengar ustaz cakap
kalau boleh elakkan (bukan tidak boleh ye) bagi Al-Quran masa kahwin sebagai hantaran...Mak ceritala serba sedikit kenapa...jadi saya kongsi point2 tersebut yang dimasukkan point2 saya juga sebab jujurnya saya juga setuju..kiranya semua ni taklah totally dari ustaz tu, tapi dari pandangan saya, didasari apa yang ustaz tu kemukakan la...
Sebelum berkongsi point, saya tegaskan, saya tidaklah berniat untuk melukakan hati sesiapa yg pernah melakukannya, sbb sejujurnya saya juga memahami, apabila dijadikan hantaran, ia antara simbolik yg rumahtangga baru dibina itu insayAllah berlandaskan Al-Quran, simbolik agama Islam yg insyaAllah akn diterap sepenuhnya dalam keluarga itu....malah ia tidak salah, cuma, kita renungkan point2 di bawah dan kita perbaiki bersama, insyaAllah niat yg baik mampu untuk dilakukan dengan cara yg betul (~_^) dan pada yg pernah tersilap, jangan risau, kita semua manusia biasa, Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani..
Point 1
Bagaimana layanan kita terhadap Al-Quran tersebut?
berdasarkan pengalaman saya menghadiri majlis perkahwinan terutamanya yang diadakan di rumah, selalunya hantaran akan diletakkan di sebelah kiri dan kanan pelamin..dan Al-Quran itu diletakkan bersama2 hantaran2 lain, sayangnya pelamin adalah dari kerusi yang tinggi lebih dari Al-Quran itu sendiri.hatta kalau setakat pelamin bersila pun, kedudukannya tetap lebih tinggi dari barang hantaran bukan?.saat berposing2 di pelamin, Al-Quran itu berada rendah dari paras pinggang sedangkan kita semua tahu yang sebaiknya kedudukan Al-Quran mestilah lebih tinggi dari pung**ng ..saya juga pernah terlupa dan berseronok berposing sakan, hanya terseedar apabila gambar siap terakam..malah ada ketika saya terlihat, Al-Quran hampir jatuh dari dulang hantaran, dan orang hanya menolaknya dengan berlapik kain...sayu..kerana itu Kitab Mulia...bukan buku tebal Harry Potter...PENYELESAIAN: jadi, perkara ini dapat dielakkan...kiranya selesai nikah, pastikan dulang hantaran berisi Al-Quran itu terpelihara kedudukannya, terpelihara kemuliaannya...jika tetap mahu dipertonton hingga hari esok (hari sanding biasanya selepas hari nikah), mungkin boleh disediakan meja khas untuk diletakkan hantaran berisi Al-Quran..tapi ini akan kita bincang dalam Point seterusnya..
Point 2
Niat sebenar sebalik Al-Quran
apakah niat sebenar2 kita menjadikannya sebagai salah satu hantaran..jika niat kita macam yang saya katakan di atas, alhamdulillah...Moga Allah permudahkan dan berkati setiap perbuatan... tapi, jika niat kita sekadar untuk menunjuk2 yang kita juga 'ada agama', atau sekadar hipokrit mahukan pujian seperti 'wahhh bagusnya bagi Al-Quran', atau sekadar mengikut orang lain, apa sahaja, tanpa berlandaskan niat yg benar ikhlas untuk mengamalkan isi kitab Al-Quran itu, untuk membentuk keluarga Islam berteraskan Al-Quran dan Hadis, mungkin kita perlu pertimbang semula...percayalah, jika kamu benar punyai niat itu, ALLAH tetap tahu, tanpa perlu menunjukkannya pada manusia..kerana itu, keperluan asal utk meja khas itu tidak perlu (rujuk point 1)..tapi semua ini terpulang..PENYELESAIAN: jika ikhlas dan mahu meletakkannya sebagai hantaran, dan masih mahu dipertontonkan, tidak salah, cuma peliharalah hati agar tidak terpesong dari niat sebenar...insyaAllah...
Point 3
tukang bawa Al-Quran, terpelihara wudhuknya?
tidak salah untuk dijadikan hantaran, selagi orang yang membawakannya itu punyai wudhuk...jika tafsir pun, sebaiknya biarlah berwudhuk...kita semua tahu adab2 membaca dan memegang Al-Quran kan?? Macam saya katakan di point 1, pernah juga terlihat Al-Quran itu kedudukannya sudah hampir jatuh, dan orang sekadar menolak2nya dengan kain lapik hantaran..sedih kerana sepatutnya seorang yang punyai wudhuk menyelamatkan Al-Quran tersebut...tapi kita manusia, kadang2 terrrlepas pandang..tak mengapa, sama2 kita perbetulkan apa yg kita terlepas sebelum ni insyaAllah..PENYELESAIAN: jadi dalam hal ini, perlu adalah seorang dua standby dalam keadaan berwudhuk sentiasa bagi memastikan kemuliaan Al-Quran itu terpelihara..
***************************************
cukup rasanya 3 point ini, ada beberapa point lain, tapi pada saya jika 3 perkara ini kita jaga, terutamanya point kedua, insyaAllah tiada dosa beserta dengan niat kita yang baik...saya tidak nafi yang mungkin bila tiba masa saya, mungkin saya juga ingin menjadikan Al-Quran sebagai hantaran, jadi kerana itu saya memperingatkan diri saya terutamanya, untuk memastikan yang Al-Quran itu benar2 mendapat layanan sewajarnya..Kitab Allah...Al-Quranul Karim..
mungkin apa yang saya kongsikan di sini remeh sahaja..terlihatnya isu kecil sahaja..tapi sesiapa sahaja, apabila baru bernikah, pastinya mahukan perkahwinan diberkati ke akhir hayat, jadi jika pemulanya tercalit dosa, maka sukar sedikit utk peroleh keberkatan itu...maka sama2lah kita renungkan, betulkan apa yg silap, moga rumahtangga yang dibina sentiasa dirahmatiNYA...saya juga manusia biasa..andai entri ini ada terluka sesiapa, ampun maaf kerana itu bukan niat saya...di dunia akhir zaman ini, seringkali kita tersilap antara suruhan agama dan suruhan manusia...saya juga sentiasa terlalai dan terleka...maka anda pulalah mengingatkan saya...
dan kepada tetamu majlis pula..sentiasalah BERSANGKA BAIK dengan tuan rumah...setiap perkara yg dilakukan pasti ada niat baik sebaliknya, bersama2lah kita saling membantu memastikan niat baik itu bersih dari kesilapan insyaAllah...
p/s: saya pastinya bukan ustazah..dan saya tidak sempurna untuk menasihati sesiapa..ini peringatan khas untuk diri saya..dan saya kongsi bersama semua kerana kasih saya sesama saudara seISLAM saya...
nota tambah : ini berkisar Al-Quran sebagai hantaran ye...bukan Al-Quran sebagai mas kahwin (~_^)
totally Hanya Dyana~