baca tajuk itu..
pernah dulu ramai mengamuk..apa la Tun (tika itu belum Tun)..
kununnya Tun mengata2 bangsa sendiri...menjatuhkan air muka Melayu..
namun, senyap selepas itu..kesimpulan saya dapat kata..
mungkin mereka tersedar...bahawa kenyataan itu adalah 1 REALITI...
mungkin tiada siapa yang akan membaca entry ini, tapi sekadar mahu menulis..menyampaikan pendapat...
saya bukan seorang photographer (photog), wedd photog, or press photog...saya sekadar pemerhati dan peminat photography....
terpanggil menulis entry ni, apabila akhir2 ini saya mengambil serius tentang isu yang melibatkan seorang photographer ternama di Malaysia..
sebelum ini, sekadar mendengar cerita dari saudara terdekat, yang mempunyai kait rapat dgn beliau..saya namakan photog ternama itu sebagai Alam (bukan nama sebenar)
cerita mengenai 2 orang staf beliau yang tiba2 keluar dari syarikat..
kemudian kini bagai membentuk satu kumpulan besar kunun2 untuk menyedarkan Alam akan keangkuhan dan kesombongan beliau selepas bergelar jutawan muda dan photog hebat...
kumpulan itu semakin mendapat sambutan selepas Alam secara xsengaja mengeluarkan kenyataan SEPERTI mengecilkan press photog..tiba2 sahaja, press photog yg TERASA telah join juga bersama staf yg 2 orang tadi serta mereka2 yg lain yang telah lama nak tunjuk belang tapi tiada batu loncatan untuk dijadikan sebab serta 'saluran yang betul' supaya diyakini semua..
benar..sebelum ini saya sekadar mendengar sebelah pihak..
saya mengikuti blog beliau...juga entry beliau berkenaan 2 staf tersebut..
akhir2 ini saya juga mengikuti group yg dibina di facebook atas dasar niat 'mahu menyedarkan Alam'...beberapa perkara yg mungkin sebelum ini saya terlepas pandang tentang Alam juga kelihatan...
tapi..ini pendapat saya....
saya tetap menyanjungi dan menghormati Alam..pertama: kerana beliaulah, orang mula pandang wedd photo..kehadiran beliau membuka mata orang untuk lebih menghormati dan memandang tnggi wedd photo..dan xsemua yang terbuka mata itu berminat mahu menggunakan beliau sebagai wedd photog mereka,dan cuba mencari alternatif yang lebih berkenan di hati...bermakna, beliau secara tak langsung membuka ruang dan peluang untuk wedd photog lain juga...percaya atau tidak, itulah kenyataan..
keduanya, 2 staf beliau yang telah keluar dengan KURANG beradab itu..mereka patut sedar, kejayaan mereka, kmasyhuran mereka, mungkin xsepenuhnya bermula dari syarikat itu, tetapi rasanya syarikat itulah yang mengukuhkan nama mereka..membuat mereka terkenal bagai selebriti...tapi kini, dengan tanpa rasa bersalah, meludah ke tempat yang pernah mereka mencari rezeki..terlupakah mereka, masih ada manusia lain yang sama mencari rezeki di situ..dan manusia2 itu juga mempunyai harapan untuk berjaya seperti mereka..cukuplah menyediakan 1 persaingan sihat dengan syarikat anda yang baru..yang katanya lebih murah..lebih berkualiti dan bla bla bla..tapi tidak perlu rasanya menyungkurkan orang yang pernah bertanggungjawab membawa anda ke atas, bukan?
ketiganya, jujurnya, saya pernah mengeluarkan kenyataan " student master dan phD xsemuanya betul2 tau apa diorang buat"...tapi bukan bermakna saya ni hebat kerana tika itu saya belum lagi mendaftar master...saya menyebut sekadar dari pemerhatian saya terhadap beberapa student...juga pemerhatian terhadap saya sendiri haha...jadi, skadar statement "xsemua press photog tu pandai amek gambar", nak dijadikan alasan untuk menghentam dengan kata2 kesat dan sebagainya, rasanya tidak perlu..apatah lagi selepas itu beliau menyatakan permohonan maaf. juga katanya, itu bkn pendapat sebagai photog, tapi sebagai pembaca surat khabar. Saya ada juga terbaca di beberapa blog, yg mana penulisnya bagai mengecil2kan wedd photog...tapi yang ajaib, dia xdihentam pun..kenapa???? sebab DIA BUKAN SEORANG YANG TELAH DIIKTIRAF JUTAWAN, TIDAK DIKENALI RAMAI, JUGA SULTAN BRUNEI TAK PERNAH HIRE DIA...hehehe,,sinis bukan?? tapi itu hakikat...yang terasa itu juga, janganlah cepat sangat terpedaya dengan batu api-batu api yang wujud....tepuk dada tanya iman..
keempat..ada seorang lg photog wanita, dl ada menulis tentang Alam di blognya..menyatakan pendapat beliau tentang peribadi negatif Alam tanpa menyebut nama..maka ahli group di FB yg tidak suka sama Alam itu segera meng'copy n paste' artikel ituh...dari yang xtau siapa dimaksudkan, terus berlumba2 memberi pendapat..serta sokongan..hehe..kelakar juga, sebab penulis blog itu yang juga photogwoman kononnya tidak sedap jika di'copy n paste' entrynya..tapi xkisah jika disediakan link ke entry itu, sbb katanya ramai jumpa kenalan lama...ermmm...jika niat di hati baik, sekadar mahu berjumpa knalan lama, rasanya cukuplah link ke blog..bukan ke entry kan??? maka, mengakulah, bahawa manusia sebenarnya suka jika aib orang yang mereka tak suka, diketahui ramai..apatah lagi, mampu buka peluang untuk dikenali ramai juga, kan?biarpun kununnya di mulut kata, owh..saya memang xbermaksud pun nak burukkan dia...ermm..saya terima kenyataan itu kerana jika saya juga begitu..haha..
kelima..biarpun saya tidak tahu cerita sebenar2nya tentang hbgn belia dan adik beliau, tetapi, penyertaan adik beliau ke dlm group yg tidak suka beliau itu menambahkan lagi semarak semangat group itu..herm....ini no komen..sebab takut akan ada yang tersinggung...jadi, biarkan...
saban hari, mereka bagai cuba mencungkil setiap kesalahan beliau, setiap komen, statemnt atau apa saja yang keluar dari mulut tau blog beliau dijadikan senjata..sudah2lah..nilai saja kelemahan dan kesilapan sendiri...itu lebih baik...sebab itu saya katakan, di mulut kata "kami berniat baik, mahu menyedarkan dia"..tapi di hati???hanya ALLAH yang benar2 tahu kan?
ermm..sedih dan kecewa kerana kenapa ea melayu ISLAM tidak suka lihat melayu ISLAM lain berjaya?? kenapa mesti nak jatuhkan orang untuk kita pula naik. Yakin ke dengan jatuhnya dia, kita boleh naik??sedarkah kita, dengan menjatuhkan sesama agama dan bangsa, kita menjatuhkan bangsa dan agama kita sendiri..terlalu pendekkah akal kita untuk memikirkan hakikat tu?..ingatlah..bukankah rezeki itu dalam kuasaNYA...jika benar beliau jahat, hati kotor, backstabber, bukankah ALLAH itu mampu membalasnya...siapa kita sebagai manusia nak menjatuhkan hukuman??jangan dengan menulis ayat2 Al-Quran di wall Group 'tak suka itu' sudah boleh mengaku baik..jangannn...jangan dengan mengaku cuba menegur itu sudah boleh dianggap golongan yang benar...jangan...jika benar mahu bersaing, bersainglah secara sihat..jika benar beliau itu seperti yang anda2 gambarkan, biarkan, 1 hari nanti pasti dia jatuh sendiri...tapi, ingat, jika dia jatuh kerana kedengkian anda, percayalah, ALLAH akan buka pintu rezeki yang lain untuk beliau, dan menutup berpuluh2 pintu rezeki anda....WALLAHUA'ALAM..
1 wiSdom of WordS..:
Betol betol betol!!!
Post a Comment