Saturday, October 3, 2009

saYa soKong NGO-NGO ini..

-Petikan Kosmo Online-

14 NGO Islam selar SIS, JAG


Amidi (tengah) memegang laporan polis bersama 13 pemimpin NGO Islam Pahang yang meminta JAG dan SIS memohon maaf secara terbuka berhubung isu sebat ke atas model sambilan, Kartika di Kuantan semalam.


KUANTAN - Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan mereka yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Jurucakap NGO itu, Amidi Abdul Manan berkata, mereka meminta pihak terbabit menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah bererti mereka juga menghina Sultan Pahang.

"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Baru-baru ini, JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

.......................................................................................................................................................

alhamdulillah ada yang berani..

bukan apa...sekiranya dibiarkan, akan lebih banyak orang akan terpesong kefahamannya hanya kerana ada organisasi yg menggunakan nama Islam dalam 'Nama Organisasi' mereka menyebarkan2 fahaman-fahaman salah..

teringat aku...pernah seorang insan yang mengaku dirinya memperjuangkan Islam..

senang-senang mengatakan..kalau sesiapa yang datang dari keluarga yg bukan orang tuuutt (1 parti politik berlandaskan Islam)..dia xfaham Islam dengan betul...waktu itu hanya ALLAH je tahu betapa marahnya aku...ye, ibu ayah aku bukan orang kuat parti itu..juga beberapa ibubapa teman yang lain. Tapi bolehkah itu dijadikan ukuran?? terus terang aku katakan, di antara mereka juga, ada yang anak pemimpin kuat parti itu, dan bergelar ustaz ustazah ibu bapanya, tapi xlancar membaca Al-quran...kurang faham hukum...adakah dia sudah benar2 memahami Islam hanya kerana keluarganya???lupakah mereka yang iman xdapat diwarisi??sebelum itu, aku terima saja segala kekurangan 'mereka' kerana pada aku, perjuangan itu lebih penting..namun, bila keluarga diseret sama, maaf..itu tidak dapat dimaafkan..dan perlahan2 aku keluar dari perjuangan...biarlah aku berjuang dgn cara aku sendiri..kan da melalut hahahah..

apa-apa pun...kawan-kawan, jangan cepat percaya sesuatu isu terutama berkaitan agama. Carilah sumber2 yang benar2 boleh dipercayai...moga dijauhkan dari fahaman2 yang salah..nauzubillah...

0 wiSdom of WordS..: