Sunday, September 13, 2009

1 Malaysia...

hehe...
idea sdg mencurah-curah..
well..aku saja nak cakap tentang 1 Malaysia..

terus terang...aku sangat menyokongnya...
walaupun aku tadika Islam..
kemudian..sekolah di Sekolah Rendah Islam (swasta)..
kemudian..SMKA..
seterusnya..aku ke matrikulasi MARA...
rumah pula..di Manjoi..sebuah perkampungan MELAYU terbesar di Malaysia..
cukup untuk gambarkan..yang aku jarang dapat bercampur dengan bangsa lain..
melainkan ketika aku belajar sempoa dengan abang2 aku..
ada kami berkawan dengan cina dan india..
tp di situ sahaja..

namun...itu tak bermakna yang aku racist..
aku akui..mungkin sedikit janggal dengan bangsa lain..
tapi pada aku...itu bukan penghalang untuk semangat bersatu itu dihidupkan dlm hati aku..
hanya kerana aku tidak berpeluang bergaul sedari kecil dgn mereka..
sehinggalah aku ke universiti...barulah aku dapat mencuba..

sebenarnya..1 Malaysia itu mampu dicapai..
namun kesatuan itu perlu lagi dibentuk..
bukan antara 1 bangsa dengan bangsa yang lain sahaja..
malah...sesama bangsa itu sendiri..
kerana sejujurnya..aku masih dapat melihat sikap-sikap pelik itu..terutama dalam bangsa aku sendiri..
sikap yang mementingkan kejayaan sendiri sahaja..
sikap yang tidak mahu melihat orang lain berjaya bersama..
matikanlah sikap itu..
kerana ia bukan sahaja merugikan diri..
malah merugikan negara...serta AGAMA..
aku doakan...1 Malaysia itu mampu dicapai..
bukan secara fizikal sahaja..
tapi rohani juga turut serta...


Although we come from different places, speak in different tongue, but our hearts beat as ONE
~~Albus Dumbledore~~

0 wiSdom of WordS..: