Friday, August 27, 2010

agaMa untuK dunia..

salam...sementara berkesempatan, nak kongsi sesuatu..

baru2 ni..aku pergi dengar ceramah sempena Ramadhan kat auditorium...
Hospital aku memang rajin buat ceramah sepanjang Ramadhan..
aku teringat2 satu ayat Ustaz...
"umat Islam sekarang, mengambil agama untuk urusan dunia..dan mengamalkan agama ikut apa yg mereka suka.."..

penerangannya macam ni..
contoh dikatakan mengambil agama untuk urusan dunia, kita nakkkkk sangat cemerlang..kita buat solat hajat...berdoa bersungguh2..
tapi bila hari biasa2,solat sunat xde...solat wajib cepat2...doa pendek2...
then, bila nak exam, kita baca yassin...solat hajat...tapi di lain kali??
bila buat satu keputusan sgtttt penting, baru kita teringat nak buat istikharah...
sedangkan, istikharah yg berterusan itu lebih baik...memudah setiap keputusan walau sekecil mana pun...kerana sbrg keputusan kita dlm hidup lead to another things kan??
pernah 1 ketika, sekadar gurau kecil, kawan berfikir2 nak pindah rumah ke x..dan aku skdr bergurau, buatlah istikharah..dan seorang yg lain segera menyampuk "ait, benda macam ni pun nak istikharah???"...hermmm...jauh sudah rupanya urusan dunia dgn agama....
sedangkan...sepatutnya segala apa yg kita kerjakan di dunia ni, untuk dapatkan redhaNYA..

aku bekerja kerana Allah, dan dengan itu aku akan peroleh wang yang halal..yang mampu sara keluarga aku...
aku buat kerjaku dengan sebaik2nya..sebab Allah sayangkan hambaNYA yang melakukan sesuatu dengan usaha yg terbaik...
aku belajar kerana Allah, dengan itu aku mampu cemerlang, dan mengangkat nama agamaku..keluargaku dan negaraku..
mungkin semua ini masih belum terlambat untuk kita semai dalam hati..

mengambil apa yang kita suka sahaja..
maksud yg kita xberapa berkenan nak amal, kita x amal...
contoh aku sendiri..
aku sukakan perfume..
aku tahu, wanita memakai haruman di luar adalah haram..
sepatutnya untuk suami sahaja...dan jika mahu juga, cukuplah untuk menutup bau badan..
bukan untuk dihidu oleh orang lain..
tapi.......aku tetap pakai berlebihan...macam satu kepuasan..tp tetaplah tidak sehingga dihidu oleh orang lain..
dan ibu menegur anak daranya ini..saat tengah bersembur2 minyak wangi hahahha
tapi..beberapa alasan ku beri...namun....alasan itu hanya alasan...
aku tersedar seketika...
aku amalkan menutup aurat....menutup tubuh badan...berstoking..tp dek kerana mengabaikan amaran Allah yang satu ini, aku menghimpun banyak dosa...
ini yang aku sedari...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk lagi dosa yang aku buat mungkin..
contoh lain..mengumpat..
kita tahu mengumpat itu dosanya besar...
malah antara punca utama wanita ke neraka..
tapi sering bila mengumpat kita memberi alasan..
"ni untuk lepaskan perasaan".."ni untuk pengajaran"....
aku sendiri buat...tapi, cuba renungkan semula..berapa peratus untuk lepaskan perasaan...berapa peratus yang kita jadikan pengajaran???
kadang2...sekadar untuk mencari2 silap saudara itu...
adakah kita ini terlalu sempurna sehingga setiap apa yang dilakukan oleh orang lain itu banyak silapnya?
tapi kita tetap buat...xterhenti dengan larangan Allah ini..kenapa?
sbb kita suka....

jadi...di saat nafas masih di dada...saat masih diberi nikmat menjenguk hari esok..mari kita sama2 muhasabah..
masih tidak terlewat untuk bertaubat..
masih tidak terlewat memohon ampunan...kerana Allah itu Maha Pengampun..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

ingin kongsi sebuah kisah..
terdapat seorang hamba Allah yang sgtttttttttttttttttttttttt kuat beribadah...
duduk di sebuah tempat terpencil..dan hanya beribadah setiap masa..
satu hari, ditakdirkan ajalnya tiba..
saat dihitung, dia layak untuk masuk ke syurga...dan Allah berkata "Maka masuklah engkau ke dalam syurga dengan REDHAKU"...
sempat hamba ini berkata " Ya Allah, aku beribadah sepanjang masa, mengapa aku ke syurga dengan redhaMU?mengapa tidak kerana amalanku???"
dan perhitungan sekali lagi dibuat....namun, amalan hamba ini bila ditimbang tidak mampu menandingi redha Allah..maka dihumbanlah hamba ini ke dalam neraka....

pengajaran...setiap apa yg kita lakukan, lakukan untuk dapatkan redhaNYA..bukan kerana untuk masuk syurga..bukan untuk merasa mulia...bukan untuk selain drNYA...
tiada manusia sempurna, kerana itu adanya keampunan...
jadi...sama2 kita renungkan..dan SELAMAT BERAMAL!!!! (^_~)

~~~aku juga manusia biasa...xlari dari dosa...tapi sekadar mahu berkongsi...hidayah itu milik ALLAH~~~



haNya dyaNa

Sunday, August 22, 2010

no more 'My Life as Me'????

it's been a while since my last blogwalking due to the hectic schedule, new job and no laptop..
last night and this morning i took some time to be back on track..
well......then,realized that there's one blog with name almost like 'My life as Me'..and kind of surprised because i do know the previous name...but....it's ok..i do understand the coincidence..
and i do think that maybe the blogger has no intention to copy me (haha perasan...)
huhuhu...but, i dont know, i've been using 'My life as Me' from the birth of my blog (cewwah)...so, it feels something like sad to think that the originality is not there anymore...........
it feels weird when i opened that blog in the next tab of my blog..haha...and honestly, a little sad (aiyoyo!!)...

so...i'm thinking.....
maybe....just maybe.....i have to start searching for a new name..
maybe it will be a fresh start for my blog, and maybe for me too...(~_^)
sooo...any idea????

p/s: this is not to blame or confront entry to the blogger...it just a 'feeling expression' hehe..so please no hard feeling ;)
haNya dyaNa

Saturday, August 21, 2010

BerteMu dan beRpisah..

19 hb ogos yang lepas genap 4 bulan aku di tempat kerja baru...
Alhamdulillah, segalanya berjalan baik..
sedikit2 ujian pasti ada, hidup la katakan...
tapi setakat ini, semua ok...

cuma, sedikit sedih sebab ada MLT dapat transfer pulang ke negeri masing2...
sedih sbb dah mula rapat pun dengan dorang...
dan sedih sebab tengok orang lain sedih...aku memang tak boleh tengok orang nangis2 hahaha..
apa2 pun...Selamat berjaya pada K.Joy n K.itry...
terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar...~~suda mula sedey~~
walau kita baru kenal, harap kamu2 tidak lupakan saya huhuhu...

memandangkan ni laptop k.ipar, jd masih belum ada mood mao tulis panjang2..
insyaAllah ada rezeki akan kembali menceriakan blog ni hehehhe...

babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

haNya dyaNa

Sunday, June 20, 2010

lupa..


salam semua...
aiyoooo..rindu bangat mahu blogging..
always have things to tell about...tapi, bila dapat kesempatan, terus lupa segala..huhu..

mcm ni, memang kena tunggup laptop kembali ke ribala jawabnya haha...
haNya dyaNa

Saturday, May 29, 2010

yeeeHHHHaaaa!!

salam semua!!!

alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah..

sebenarnya sedikit excited nak tulis entry kali ni..

sebenarnya, rabu n khamis hari tu, aku ke Ulu langat, menghadiri program ala2 kursus kepimpinan anjuran Hospital tersayang..

aku bersyukurrrrrrrr sgt dipilih untuk pergi sebab, aku betul2 xsangka dapat bergaul dengan ketua2 jabatan, ketua2 jururawat, penyelia jururawat, pegawai2 jabatan lain, and in-fact, turut dapat peluang untuk bersemuka secara terus dengan timbalan pengarah hospital..

heheh..ditakdirkan, diorang nak orang muda2 untuk jadi ketua kumpulan, dan aku antara 4 yang terpilih..heheh...tapi, syukur sbb ahli kumpulan aku semua sangat sporting n best...selain aku, dalam kumpulan aku ada Timbalan Pengarah, KJ Forensik, KJ Farmasi, Pegawai Farmasi, Penyelia Jururawat, juga pembantu pegawai di bahagaian pentadbiran. Siapa sangka, kumpulan yg namanya simple je, TOPUP leh dapat kumpulan no 1 yeayyyyyyyyyyyyyyy!!!! korang cuba bayang, waktu outdoor activity, kami kena buat tandu (carrier) then ahli kumpulan kena angkat aku dlm tandu tu utk ke setiap check point, gila2 segan aku, tapi mmg tabikkkkk sgt dgn kesportingan mereka2....huhuhu...terharu....sroooott...sroott...

paling aku xsangka, aku dpt peluang untuk tanya sendiri kt Timb pengarah pasal pelepasan mercy, dan dpt tanya KJ Forensik samaada boleh x aku meninjau2 jabatan dan kes beliau....hehe...maklumla, cita2 nak jadi ahli forensik xkesampaian...

apa pun, kursus 2 hari 1 malam ni sangat best...banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk aku dapat pelajari...kira sebagai pegawai baru, aku tercari2 lagi direction yg patut aku ambil, dan kursus ni bagai memberi aku jawapannya...

seriously, aku sangat bersyukur...
macam poyo je kan, bersyukur pun nak bagitau orang, tapi memang aku sgt bersyukur yang xdpt nak digambarkan dengan kata2...

jadi, menggunakan kesempatan ini untuk ucap pada semua ahli kumpulan aku dan juga penceramah2 BMR, TERIMA KASIH!! ARIGATO!!! walaupun aku tau dorang xtau pun kewujudan blog ni, apatah lagi nak baca kikikikikiki...

alhamdulillah....aku sangat sayang dengan hidup yg sekarang...alhamdulillah...
xsangka aku masih berpeluang untuk hidup dengan hati yang tenang...ye, ujian akan tetap datang, tapi insyaAllah, dgn hati yang lebih kuat, aku akan tetap cuba untuk senyum kembali (^_^)




haNya dyaNa

Saturday, May 15, 2010

selamat hari guru!!!

yer...mao ucap selamat hari guru..
kepada..
Guru2 tadika Islam ABIM al-Furqan...
Guru2 SERI Al-Ummah..
Guru2 SMKASAS...
Guru2 Kolej Mara Kulim..
juga..Pensyarah2 UPM..
serta rakan2 yg telah bergelar guru..
tak lupa..semua guru2 di Malaysia..

terima kasih kerana berusaha berjuang mencurah ilmu dan mendidik anak bangsa..
moga segala usahamu diberkati Allah...
aku tujukan lagu ini...khas untuk semua guru...

Lilin Seorang Guru

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


p/s: al-fatihah untuk guru2 yang telah pergi menemui Ilahi...especially Teacher Noriyat... (T_T)
haNya dyaNa

Saturday, May 8, 2010

maO tuLis..

rindunya nak berblogging..
tapi bila dapat buka..dah ilang sgala idea..
huhuh..
xpe2..tunggu laptop aku kembali ke pangkuan...pasti akan lebey salu update..
tp tupon mungkin hjg mggu saje..
sbb hari2 bese bz saje huhuhu...
pepon...
rindu giler sbnrnye sm blog ahhahaha


haNya dyaNa