assalamualaikum..
terpanggil untuk betul-betul menulis..
hari ini agak terkejut sebab baru berpeluang melayan internet tanpa limit heheh..
dan terjumpa satu kisah berkenaan seorang remaja MELAYU ISLAM (maaf,ini adalah realiti yg harus saya highlight) yang baru berusia 14 tahun dan dengan bangganya mengaku dia sudah TIADA DARA lagi di blognya...huhuhu..nauzubillahiminzalik!
telah saya layankan blognya, dan selihat saya, pengalamannya sebagai blogger agak baru...
tapi itu bukanlah soalnya..
sekiranya itu saudara perempuan saya, tidak kiralah adik, sepupu, kakak, dua pupu atau kupu-kupu, pastinya saya amatttttttt sedih kerana biarpun GADIS ini bukan saudara saya, sedih masih ada di hati kerana dia adalah saudara seISLAM saya...
maaf...saya takkan link kan blog dia di sini....tidak akan menyebut namanya di sini...supaya mereka yang tidak pernah tahu akan terus tidak tahu siapa dia..
malah saya memilih untuk menulis dalam bahasa malaysia kerana mungkin dengan itu, hasrat dan tujuan saya di sini akan lebih sampai...
setelah saya meninjau blog dia (saya segan untuk guna BELIAU)..
hasil tinjauan di blog dan FB dia dan kawan2nya, dapat saya simpulkan, itu adalah salah satu cara hidup yg telah lama wujud di MALAYSIA...sayang...agama bagai bukan lagi cara hidup...
sayang...kerana anak2 muda inilah harapan negara dan agama...muda yang amat, 14 tahun..
saya di kala usia 14 tahun? duduk di asrama, jika bercuti, hanya habiskan masa bersama family..
ya, keluarga saya agak tegas berkenaan pergaulan...tegas dalam hal menghabiskan masa lapang dgn siapa dan di mana serta tujuannya..
dan saya amat bersyukur akan perkara2 itu...
bayangkan...SISHA...saya hanya mengenal sisha apabila sudah lepas ke universiti, errr kenal dlm erti kata kenal bukan menghisapnya ye!!heheheh..tapi anak2 muda ini??sisha bagai satu benda biasa....huhuhu....
mungkin gadis ini mangsa keadaan, mungkin tersilap memilih kawan...mungkin tersilap memilih haluan...mungkin tersilap memahami tujuan hidup.....dan maafkan saya, mungkin juga...mungkin saja...keluarga terrrrrsilap mendidik, wallahua'alam..tapi kita sbg saudara seISLAM, adakah hanya akan mengutuk?hanya mewujudkan group anti gadis ini??apakah tindakan kita??kerana saya sangattttttttttttttttt pasti, adik ini bukan seorang...jika tidak, sudah pasti tiada kes buang bayii merata2...tiada kes seorang remaja 12 tahun mati jatuh bangunan ketika melarikan diri dari ditangkap berbuat maksiat?paling lemah skalipun, mari kita doakan ALLAH beri mereka hidayah dna petunjuk...masih belum terlewat selagi hayat masih dikandung, nafas masih mampu dihirup, pintu taubat masih belum tertutup. setiap hari, selepas solat, jangan terlalu pentingkan diri berdoa utk diri sendiri....berdoalah untuk org lain juga...kerana, mungkin hidup kita selama ini juga sedikit sebanyak dibantu oleh doa dari saudara2 kita yang lain, WALLAHUA'ALAM...
sama2lah kita kukuhkan institusi kekeluargaan...kukuhkan iman....kukuhkan persaudaraan...kerana setiap individu dalam masyarakat bertanggungjawab ke atas individu yg lain...kerana setiap 'SAYA' lah yang menghasilkan 'KITA'....
sesungguhnya...saya juga bukan manusia sempurna..hati juga banyak noda hitam...banyak juga tergelincir..terpeleot..tapi kita tidak perlu menjadi sempurna untuk membetulkan org lain kerana kita takkan pernah sempurna dan kerana itulah kita perlu saling membetulkan..
saya sudahi entry ini dengan peringatan KHAS UNTUK DIRI SAYA, AM UNTUK YANG LAIN MEMBACA.....................................................................
وَمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا لَهۡوٌ۬ وَلَعِبٌ۬ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ لَهِىَ ٱلۡحَيَوَانُۚ لَوۡ ڪَانُواْ يَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat ke 64)
haNya dyaNa